JUN 2025

Parlimen Petra Jaya Sumbangkan 58 Ekor Lembu Ibadah Korban


KUCHING: Sebanyak 58 ekor lembu disumbang Parlimen Petra Jaya bagi tujuan ibadah korban pada tahun ini.

Menurut Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air ( PETRA) merangkap Ahli Parlimen Petra Jaya, Dato' Sri Fadillah Yusof, lembu-lembu tersebut telah diagihkan ke beberapa kawasan terpilih di kawasan Parlimen Petra Jaya.

Daging korban tersebut akan diagihkan kepada golongan yang memerlukan termasuk golongan asnaf, ibu tunggal di kawasan masing-masing. 

Selain Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di bawah Parlimen Petra Jaya turut menyumbang lembu di kawasan DUN masing-masing.

Majlis tersebut anjuran bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tupong Jaya dan Ranting Parti PBB Kampung Tupong Jaya.

Program diadakan di halaman rumah Ketua Kaum Dawi Saifuddin.